22 Dec 2010

sedar diri.

saya tengok video azwan ismail. separuh jalan sahaja, sebab buffering lama sangat. tapi tak payah tengok habis pun tak apa. video tergempar malaysia, katanya. kalau tak sempat tengok video, baca summary yang orang ramai buat. negatif positif semua ada. dan sebenarnya, azwan ismail bukan seorang. pada list video suggestions, banyak lagi, muslims juga non-muslims. dan isunya bukan = "eh, ada melayu gay." sebab itu pengetahuan umum. isunya = "beraninya dia declare dia gay". 

mereka dah ada guts untuk hidup dengan cara mereka secara terbuka. siapa yang membuka ruang itu, kalau bukan kita semua? 

sesiapa yang duk menyumpah dan mintak azwan kena panah petir oleh ALLAH. 

saya nak tanya, 

kau siapa nak mintak Tuhan macam tu? ahli syurga ke. itu pun belum tentu. dan apa si azwan dah buat kat family engkau, sebenarnya. tak ada apa. dia seorang jurutera biasa. mungkin lebih mulia kalau nak dibandingkan dengan anak saudara belah ipar awak tu yang banyak projeknya rasuah sana sini. jadi, saya betul-betul tak faham pada orang yang menyumpah sana sini, bila dia sendiri tak tahu apa pandangan Tuhan pada si azwan ni. 

saya?

saya terkilan, bila seorang lagi saudara kita mengambil langkah ini, secara terbuka. dan percaya itu hak asasinya. saya tak nak menunding jari, takut ujian ini datang pada diri sendiri nanti. who knows. hari ni kita cakap lain. esok kita rasa lain.

bincanglah. bukan hentam. betul. ini soal agama, bukan boleh buat main. religion is not ethnicity, religion bukan hobi. religion yang tentukan urusan hidup kita hari ini, esok. yang menentukan moral value kita. jadi soalan pertama kita sepatutnya pada mereka, di mana diletakkan Allah, rasul dan agama dalam hati mereka. perbincangan ini tak akan ke mana untuk mereka yang tidak ada Tuhan di hatinya. which means, untuk orang ini, hentamlah, leterlah sebanyak manapun, tak jadi apa. 

ada yang melatah, terus jadi ustaz ustazah segera, dengan berkata "ke nerakalah kamu azwan ismail" dan sebagainya.

“Barangsiapa yang menyebut bahawa manusia semuanya sudah rosak, maka dia itulah yang paling rosak di kalangan mereka” - [Hadith Riwayat Muslim] - 

clear?

cuba lah ayat lain, daripada asyik guna "tuhan laknat engkau". kadang-kadang kita lupa, final word or final judgment is exclusively Allah's.

homosexuality is not allowed in Islam. and Allah condemns homosexuality explicitly in the Quran. betul dah tu. tak salah dah. tapi, soalan penting, what is forbidden in Islam, actually, homosexuality atau practicing homosexuality? ada beza, with having "that" sexual feeling and not get involved, and the other one, is to be like azwan ismail ad elton john.  go with the flow.

fitrah manusia, adalah berpasangan yang boleh melahirkan zuriat. itu umumnya. but opinions could be varies. homosexuality is genetic, cannot be changed, inborn and therefore they should be given rights on basis of tolerance and equality - isn't necessarily a true statement, mind you. ada yang bercakap tentang eye-blinking test etc. semua untuk satu tujuan : bukti "gay people are born that way". Tapi awak boleh baca keraguan-keraguan tentang ujian yang ada untuk membuktikan teori ini.  otherwise, kalaupun "gay people do not choose to be that way, it just happen", "mereka tak pilih jalan ini, mereka tak pilih jadi gay". jadi ini sebenarnya,  berbentuk ujian.

hari ini, ia terjadi kepada azwan dan rakan-rakan dia, kalau terjadi pada kita. is it bearable? jangan senang menghukum. kita tak tahu apa yang mereka alami, berperang dengan perasaan, masyarakat, budaya, hukum dan undang-undang. i ask again, is it bearable if it happens to you?

if they are able to take the desires and feelings as the challenge or take themselves in a battle of struggle, they'll be rewarded, instead. they have done jihad. what is sinful is the act of homosexuality, not the feelings. sekarang cakaplah ini bukan ujian yang maha hebat diturunkan Tuhan pada mereka. it is a major test and not an easy one for many. melawan perasaan dan keinginan. ada siapa berani cakap ini kerja senang? ada yang Tuhan bagi, tak kahwin sampai ke hujung usia, buta, cacat, buruk, hidung besar, dan sebagainya. semua orang ada ujian yang, tersendiri. But He won't go beyond our means. dan Tuhan memilih mereka, jadi saya sangat percaya mereka mampu, sebenarnya. untuk jihad itu.

insists to be on Allah's path, insists. where is Allah in you? adalah jawapan pada mampu @ tak mampu.  they are not muslims and they have will to do it, but you are muslim and you have Allah on your side when you seek for help - satu online article. 

sebenarnya, apa guna merayu pada azwan untuk berubah, sekarang. He's already made up his mind. apatah lagi video itu memberi inspirasi dan harapan pada seorang remaja 19 tahun yang terfikir untuk membunuh diri, sebentar tadi. saya sangat percaya adalah sangat susah untuk ubah perasaan bila disuruh. saya faham yang ini. jadi, "paksaan" pada azwan untuk berubah sebenarnya masuk telinga kanan keluar telinga kiri sahaja.

if there is anything that we, as muslims can do now, is to know our religion. solat biar cukup, jangan ambil rasuah, hidup ada visi, tolong orang tengah jalan, buang sampah jangan merata. nilai-nilai islam, bukan setakat "tak jadi gay", ia lebih. hidup dalam redha Allah 24 jam, sebagai manusia biasa, adalah susah, kalaupun tak mustahil. tapi, itu lah sepatutnya "goal" kita. maksud mudah adalah, muslims sepatutnya menjadi cermin kepada Islam, sesuatu yang tidak terjadi sekarang. tunjuk the reasons kenapa nilai islam adalah completee dan membahagiakan kehidupan manusia. kalau "tak jadi gay" dan pada masa yang sama, ambil rasuah, pun tak jalan, dik.

jadi, kalau awak nak guna status awak sebagai muslim dan berdebat habis-habisan mengecam azwan, maaf cakap saya rasa tak cukup. to be islamic, hiasi hati dan peribadi. bukan sekadar cakap. *ah, terasa. 

sekarang saya faham kenapa saya rasa malu dan bersalah bila cuba bercakap soal agama, which exactly  what I was doing right now. sebab saya masih terlalu jauh nak menjadi apa yang saya inginkan itu.

jadi kalau hari ini kita membaca isu semasa, seperti hal azwan ini. faham dulu. jangan tebuk-tebuk cerita. hentam sana. cuit sini. tak jadi apa. look at that issue as a picture dan bincang. sekali lagi, bukan hentam.

I don't feel good with what the video has to offer, so i have to write something to let it go. kalau boleh sampai, saya mendoakan kesejahteraan awak, azwan, in this world and hereafter. saya sendiri tak tahu apa standpoint saya, kalau saya di tempat awak, diberi ujian sama. 

kegemaran.

saya suka bola sepak. atau sepak bola atau football atau soccer. tapi saya pun tak akan tengok kalau itu bukan pasukan saya. thrill dia jadi lain. jadi tak sedap. jadi terengganu, malaysia dan beloved man utd adalah pasukan-pasukan terpilih. and no, i am no expert in learning their history whatsoever. 

saya cuma support. dan kadang-kadang banyak interruption yang saya buat semasa tengok game. dan saya tak tahu lah kalau orang boleh percaya atau tak, tapi saya akan berpeluh-peluh, tak senang duduk, bising mulut, ke sana ke mari sepanjang game pasukan kegemaran saya. macam nak ambil test JPJ dulu, atau lebih teruk. so, sebenarnya, saya akur malu lah kalau nak bawak saya tengok game bola man u, terengganu atau malaysia. percayalah, and dare not to try. hah. oh, ada buktinya. kalau boleh tanya adik saya, dia selalu sangat berhadapan situasi ini. kadang-kadang saya kena jerkah jugak, sebab saya selalulunya lagi bising daripada hasbullah awang. tapi saya rasa, kalau nak marah saya, kau beli lah tempat tengok t.v sendiri. mak tak cakap pun ni tempat tengok t.v. kau. 

sejak masuk shah alam, saya jarang ambil tahu. keterbatasan masa dan waktu. atau, sibuk dengan baking life dan blogwalking, sebenarnya. 

dan bila cuti, saya lost. kau cakaplah tak lost. tiba-tiba arsenal on the top, esoknya man u. eh bila masa dieorang tukar ni. sakit hati, tau. bila tak tahu apa-apa. 

tapi, saya masih. tersenyum happy, mood baik sepanjang hari, bila malaysia menang. sedih sikit bila terengganu kalah. man u jangan buat hal kalah dengan chelsea yang entah apa-apa tu ye, sayang. 

yeah, blurr tapi masih ambil tahu, sikit-sikit. 

saya bukan seorang yang bersukan. apa yang saya arif pasal offside, tackle tak bersih, game control sebenarnya? tak ada apa. ikhlas betul pengakuan saya. 

if sports means anything, it mean discipline. man utd tak akan boleh menang game kalau rooney masih terganggu dengan skandal seks dia. but he choose to put the game first. hebat kan, ahli sukan? 

football is fun. and it should be. benda tu je sebenarnya. sukan membentuk perpaduan. sukan menjana keharmonian. all the slogans, motto and stuffs. propaganda yang exaggerate tapi benda asasnya betul. dua orang lelaki yang tak kenal satu sama lain boleh berbincang @ berborak macam dah kenal 10 tahun bila duduk sebelah menyebelah dalam sebuah stadium. 

and football is fun, betul. tak menipu. 












FC Stjarnan - Iceland's. cara diaorang sambut goal adalah trademark. and they were soo cool doing that.

17 Dec 2010

cosby show.



Sondra Huxtable, anak sulung pasangan Huxtable hanya disebut di pertengahan musim pertama sitkom cosby show. jadi, dia tak ada untuk poster awal sitkom ini. dan sebenarnya, ada dalam satu episode awal-awal, Mrs. Huxtable ada cakap, " cliff, why do we have 4 children?" Mr. Huxtable jawab  "because we don't want five" tapi, watak sondra tetap dimasukkan. menjadikan anak mereka sebenarnya, lima.

apa benda kau cakap ni?

heh.

Cosby Show - 1984-1992. 
sebuah sitkom, tentang kehidupan sebuah keluarga african-america. ayahnya doktor, ibunya peguam. anak lima orang. satu lelaki dan empat perempuan. come on, tak rasa sweet ke. saya suka, bila dapat rasa kebahagiaan keluarga ni, walaupun itu hanya dalam peti tv. bukan kejadian depan mata. 

COSBY SHOW had remarkably became #1 in Nielsen Rating, for at least five consecutive seasons. tapi biarlah itu semua. tak kisah. kalaupun ia dapat rating paling buruk untuk sejarah sitkom komedi, saya tetap suka. 

Pasangan Huxtable, yang berkulit hitam, adalah lawyer and doctor. it is an irony to picture a black couple in these two professions, in those days. tahun 1984. tapi, yang menjadi pengkritik harus ingat, bahawa cosby show diilhamkan daripada kisah sebenar bill cosby. bill cosby dan isteri, camille cosby, are both college graduates. anak mereka ada lima. dan kebanyakan watak disamakan dengan perwatakan anak-anak bill cosby. theo ada penyakit dyslexia, begitu juga anak bongsu lelaki bill cosby. 

jadi, siapa kata orang kulit hitam hanya tahu rap dan jadi gangster? 

kalau nak suruh saya rate sitkom ini, saya bagi banyakkkkkk bintang. dan OH MY GOD, lawak dia sangat-sangat cool.  family oriented, and never gets old.  tak perlu ketuk kepala orang, tendang orang, seperti the three stooges. sakit = not funny, ok.

dan, mereka sekarang sudah tua-tua, semuanya. yang baby,dah jadi anak gadis, yang remaja, dah kahwin-kahwin semua.

ada beberapa cerita yang awak ingat, sebab tinggalkan kesan di hati. dan ini, salah satunya bagi saya.


CLIFF HUXTABLE - BILL COSBY



CLAIR HUXTABLE- Phylicia Rashād


SONDRA HUXTABLE - SABRINA LE BEAUF 


DENISE HUXTABLE - LISA BONET



THEODORE "THEO" HUXTABLE - MALCOLM JAMAL WARNER


VANESSA HUXTABLE - TEMPESTT  BLEDSOE

RUDY HUXTABLE - KESHIA KNIGHT PULLIAM


OLIVIA KENDALL - RAVEN-SYMONE



RECENT. 

kalau nak cut gambar the woman who's holding bill cosby boleh jugak sebenarnya, dia tak ada kaitan dengan cerita. 



 ONCE.
original Huxtable's family. 












  



            

16 Dec 2010

mahu syurga.

saya mengaku saya takut neraka. seksa dan pedihnya. sebab tu saya pilih syurga. dan saya takut, kalau ini buat kasih saya terhadap Allah jadi tidak ikhlas. kau solat, sebenarnya, takutkan neraka atau sayangkan Allah? tak apa, nanti jawab. sebab saya speechless. 

saya percaya saya kena selalu bercakap dengan hati. sebab kebanyakan masa, ada sahaja yang hati saya kata  "something's wrong". simple english, please. ye, maksud mudahnya, hati tak tenang. kenapa? speechless lagi.

ada sebab kenapa saya private blog ni. pertama, kena lah mengaku saya tak mampu nak tarik traffic tinggi-tinggi, kutip duit nuffnang semua. kedua, sebab saya perlu, in the first place jujur dengan diri sendiri, sebelum jujur dengan orang lain. masih, on the way. dan selagi itu belum terjadi, ia akan jadi private, not public. dan ketiga, ada ke orang nak baca blog luahan hati, gundah gulana, sakit demam tuan punya blog? tak ada, kan. jadi balik pada sebab pertama, tak dapat tarik traffic pun. :p

untuk jadi baik, tak perlu orang suruh. untuk jadi baik, tak cukup dengan tudung labuh. dan untuk syurga, membaca al-quran masih tidak menjamin apa-apa. kau perlulah, melakukan SEGALANYA dengan berkiblatkan satu benda : Tuhan dan Rasul-Nya, dan agama.  satu pakej. kalau buat sebab syurga, sebab nak menikmati keindahan dan kedamaian di dunia sana, macam mana? inilah yang saya takut terjadi kepada saya. tinggalkan dosa kerana neraka, kejar pahala kerana syurga. bukan kah in the first place, dia Tuhan engkau, dan engkau hamba. maka patutlah Dia yang kau sembah. dan firman Tuhan adalah "tidaklah aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku" .. ikhlas kita di mana? 

ini monolog hati, salah satu monolog hati saya. bagi saya, ia lebih daripada itu. inilah yang akan memimpin saya sehari-hari. makan, tidur, marah, mengamuk, terasa hati, risau, takut, cuak dan lain-lain. monolog hati akan  affect each aspect of your life. daily life. 

saya kerap berasa jengkel terhadap diri sendiri, dan saya faham kenapa. dan saya faham saya lah yang perlu berubah. yang perlu saya semat dalam hati, adalah perubahan tidak mengambil masa satu malam, dan saya perlu, sangat perlu, untuk kuat bila keadaan memerlukan. berubah tidak mudah. bercakap berdasarkan pengalaman.

kau perlu fokus dalam hidup, aim biar sampai pointer superb, jawatan tinggi. dan fokus biarlah kerana Dia, bukan kerana kuasa dan hormat manusia. tak ke mana. sebab nanti kalaupun dah jadi perdana menteri, tanpa takwa, kau masih seorang yang tiada apa di mata-Nya. dan saat tu, fokus kau sebentar tadi, tak ada apa-apa makna. sia - sia. 

barangkali saya perlu jelaskan, saya marah pada sinetron -sinetron indonesia yang tiada apa, bila mereka dapat tempat di hati orang kita. kadang-kala, dipuja. saya juga marah pada filem-filem david teo,  mungkin perlu saya tekankan, sebenarnya bukan david teo secara individu, tapi sebab otai, anak mami, syurga cinta, evolusi kl-drift, eh ini syamsul yusof punya. so yeah, get the picture? filem-filem, sinetron-sinetron ni, maaf cakap, cincai.  saya marah bila yang menyumbang rating tinggi, kutipan box-office , termasuk pemberian kemenangan Festival Filem adalah orang kita. kalau rating dan kutipan bagus, award semua dapat, tak ke bermakna inilah selera penonton kita, atau orang kita. *bukan bercakap tentang evolusi KL drift 2 yang memberi pengarah terbaik kepada syamsul, sebab saya sendiri belum tengok EKL 2, sebab saya tak suka filem berjudul sama tanpa angka 2. 

sebab kemarahan saya mungkin nampak samar, dan menjadikan sebab kemarahan itu, tak berasas. lantak. lantak. tak kisah. yang penting saya marah.  

dan inilah yang saya tak suka tentang diri saya, sebenarnya. 

kau cakap, macam ni, kau nak syurga?

tak solat lagi, kan? sebelum apa-apa, pergi dulu.

12 Dec 2010

dua cerita. satu fiksyen. satu non-fiksyen

upon reading this, terutama gambar si mati 45 minit sebelum kejadian, saya rasa seram. seram dia lain daripada tengok pontianak harum sundal malam.

"murahnya nyawa bagi dia, tapi padanlah muka", kata mereka.


 my dear, kalau mampu, letaklah diri di tempat dia, rasa lah apa yang dia rasa. mungkin awak ada benda lain yang nak diperkatakan. apa yang dia buat pada hari tu boleh terjadi pada mana-mana manusia yang sudah hilang mahu untuk hidup, atau merasakan perlunya berbuat sesuatu untuk 'lari'. ada satu masa, manusia percaya bahawa dia sudah penat hidup, percaya dia telah give up dan berdepan dunia adalah satu penyeksaan maha dahsyat. dan alviss kong pada hari itu, give up dan meninggalkan dunia. sayang.

yang sedang bersedih dan terfikir mahu membunuh diri,, ini ke pengakhiran yang dibangga-banggakan. kalau berpuas hati dengan publisiti ini, be my guest.

"kalau betul islam mesti tak buat macam ni lah. kita ada Tuhan." saya betulkan, sekadar mampu, bahawa orang beriman yang tak akan pernah rasa hidup dia perlu ditamatkan apabila give-up dengan persoalan dunia. orang islam tapi agak slack imannya akan menyalahkan Allah untuk 'ketidakadilan' dunia terhadapnya. dilahirkan tak kaya, contohnya.  

kalau kita nak ungkit 'ketidakadilan-ketidakadilan' pada rasul Allah, kita mungkin malu sendiri. - dia perlu menjadi mulia disebalik penindasan. Maha Suci Allah, katakanlah kepada saya, manusia mana yang mampu menyuap makanan sehari-hari ke mulut orang yang melempar najis kepadanya. pemimpin mana yang pada detik kematiannya, nasib umat masih menjadi zikir di mulutnya, yang mana umat yang dia sayang-sayangkan itu belum tentu lagi menjadi kebanggannya di padang mahsyar nanti. mulia itu, hanya pada yang ma'sum. dan malulah untuk berbicara tentang ketidakadilan dunia dengannya. kau nak membandingkan apa, sebenarnya. ujian engkau dan dia, dah tak boleh guna langit dan bumi sebagai ukurannya.

sebab itu, saya yakin, untuk yang mengaku dia seorang hamba dan umat, akan malu untuk memilih berhenti daripada profesion hidup kerana telah give up dengan masalah cinta.

************************************

Di Mana Isteriku, hasil tulisan shahrulezad, slot cerekarama TV3, saya rasa memang boleh bagi satu dua penampar kepada sinetron indonesia. ia berjiwa, dan jiwanya sampai. siapa yang tidak dapat merasakan insaf, sakit dan seksa Borhan apabila karma dunia seakan mentertawakan dirinya, siapa yang tak dapat faham gelodak jiwa munirah apabila memilih untuk berundur daripada perkahwinannya, walaupun suami itu masih dia tunggu, sebenarnya. dan hikmah Tuhan untuk menjadikan jali @ enal cacat kerana kejam si ayah, adalah menjadikan dia mampu untuk memafkan manusia yang hampir memusnahkan hidupnya. hidup dia tak musnah, dia masih membesar menajdi 'orang' dan 'manusia', sebab untuk seorang yang mampu berbahasa dengan manusia sekeliling adalah bukan dan tidak akan pernah boleh dilabel sebagai manusia gagal. orang yang buang bayi di longkang tepi jalan, walaupun ada di universiti terbilang, itu manusia gagal. bukan enal@jali. enal@jali cuma mungkin tidak mampu menjadi bijak pandai doktor atau angkasawan negara, kerana keterbatasan pancaindera. lain-lain, dia manusia berjaya.

dan di mana isteriku, dalam bukan nada khutbah menyampaikan : kemaafan adalah wadah yang paling berkesan untuk kamu berhati senang.

kalau jali@enal itu kamu, agak-agak boleh ke survive. cacat, sebab dipukul ayah. miskin, sebab ditinggal ayah. but jali@enal had amazingly, forgave his father. saya tidak bercakap tentang watak yang sengaja ditunjuk-tunjuk kemuliaannya. you knoww, to make penonton say, ah baiknya dia. jali@enal bagi saya, adalah watak yang cukup ikhlas. dia memaafkan untuk kesenangan hati dia. dan di sini ada hikmah kecacatan yang saya cakap tadi, cacat menjadikan jali seorang yang sedar ketidaksempurnaan diri dan tidak menghakimi orang dengan perasaan dan nafsu sebagai panduan. juga, dia punya isteri yang cukup, cukup, baik, selayaknya isteri. saya suka watak isteri jali@enal dalam cerita ini. dan sebenarnya,bahagia itu adalah bahasa hati, kalau dendam / rebel  itu lah yang beri kebahagiaan kepada hati kamu, the choice is all yours. 

so yeah, kalau jali @ enal itu kamu, sudahkah kamu mampu memafkan borhan? just askin'

jangan salah faham. saya tak terlepas pandang "cerita-cerita menginsafkan" daripada indonesia. meh sini nak habaq mai, Di Mana Isteriku 100 kali lebih baik. subjek cerita hampir sama, seorang manusia ditindas, isteri ditinggalkan. tapi ada beza. jiwanya sampai. kita tidak melihat air mata yang bersifat palsu. nak tanya, pernah tak rasa pelik bila dalam satu cerita, kita 'lost' bila dipaparkan satu siatuasi sedih, dan kita tak ada rasa apa-apa. hati kita ke sekeras batu?

Di Mana Isteriku tidak perlu bergantung pada lagu maher zain untuk menyampaikan : seorang manusia yang mabuk mampu memusnahkan hidupnya dalam satu malam, kerana arak menghilangkan waras fikiran.

dan, kita sebenarnya tidak perlu, untuk bergantung pada lagu-lagu agama, kalau itu hanya kosmetik. drama dakwah, katakan. kena guna lagu-lagu opick semua. tapi musykil pula, bila visual untuk mengiringi lagu opick adalah model sedang catwalk di pentas peragaan, yang kononnya watak utama yang cukup redha demi agama dan begitu mulia dengan akhlaknya. kau cakap lah benda tu langsung tak pelik. dah berbelit-belit bila semua dah dicampuradukkan. dan itulah yang kita duk bagi tau penonton-penonton kita.

saya rimas, giler.


**
ciri-ciri sinetron indonesia (sampah)

1. Ada adegan menampar pacar atau istri yang dikira selingkuh. Padahal cuma ketemu teman lama. Terus menyewa orang untuk menyelidiki.

2. Ada menangisnya (Kayaknya hampir semua film deh ada). Tapi di sinetron Indonesia hal ini paling mendominasi di setiap episode (Biar masuk nominasi pemeran nangis terbaik versi FFI). Banyak sekali yang mengajarkan balas dendam (Kayak film India saja).

3. Serinya dibikin panjang-panjang takut kehabisan bahan dengan alasan ratingnya naik (Padahal ngebosenin).

4. Biasanya ceritanya rebutan warisan atau warisannya jatuh pada anak atau cucu yang sudah lama hilang atau rebutan kekuasaan atau rebutan anak. Kalo adegannya masih sekolah hampir dipastikan ceritanya tentang rebutan pacar dan biasanya yang rebutan yang cewek dan tokoh yang disenangi si cowok anaknya miskin atau pas-pasan dan baru masuk atau pindahan dari sekolah lain (Tapi anehnya bisa masuk sekolah elite). Terus ada yang sudah merasa memiliki si cowok yaitu cewek yang kaya dan punya geng (Biasanya anak kepala yayasan).

5. Orang kaya selalu menjadi tokoh yang jahat (Apa udah nggak ada orang baik yang kaya?) Kalo pinjam utang selalu pada orang yang sama sampai akhirnya rumahnya disita(Gampang banget nyita rumah).

6. Tokoh yang baik biasanya melarat, lugu dan bodoh. Gampang dibohongin. Dan paling sering tokoh baik hampir tidak pernah minta tolong pengacara dan menang. Minta tolong polisi juga selalu gagal. Tapi giliran tokoh jahat minta bantuan polisi atau pengacara hampir dipastikan menang. Dan yang paling sering yaitu pengacara dengan gampangnya disuruh mengganti isi warisan dengan diberi imbalan uang banyak (Ini yang merusak citra pengacara. Tapi memang banyak sih, he-he-he). Terus hartanya dikuasai dan seisi rumah diusir (Adegan ini sudah katro banget).

7. Tokoh yang baik biasanya lebih goblok dari tokoh yang jahat (Tokoh yang jahat idenya selalu cemerlang meskipun masih anak kecil sekalipun).

8. Bila kisahnya sedih pemeran utama yang baik selalu menderita bertubi-tubi biar dikira mengharukan. Dimulai dengan bangkrut karena ditipu (Emang seorang pengusaha yang sukses gampang percaya orang? Sama anak sendiri aja kadang nggak percaya apalagi orang lain). Terus dilanjutkan dengan jatuh sakit, mau berobat nggak punya duit (Mantan direktur kok sebegitu amat nggak punya duit. Koruptor aja yang masuk penjara aja duitnya masih banyak). Cari kerja susah biasanya jadi kuli pasar (Emangnya nggak punya teman, saudara atau mungkin dia lahirnya nggak sama orang kali yeeee…). Tidurnya di emperan toko terus paginya diusir sama penjaganya. Biasanya mengalami kecelakaan terus menerus, kalau dipasangi jebakan selalu masuk. Habis itu ditolong oleh temannya yang tidak tahu darimana datangnya.

9. Dimanapun tokohnya bersembunyi atau mengasingkan diri, selalu ditemukan tokoh jahatnya (kayaknya wilayah indonesia cuma sebesar perumahan kali ya?)

10. Kebanyakan kalo ceritanya mau selesai, selalu ada saja halangan. Entah jadi lumpuh dan nggak bisa ngomong, tertabrak mobil terus koma, habis tertabrak mobil mau sembuh kemudian jatuh dari tangga atau kebetulan disandera oleh penculik atau naik bis ketiduran terus nyampai dimana nggak tahu dan nggak punya ongkos pulang. Dilanjutkan dengan kisah cari duit buat makan dan ongkos tapi kenalan dengan pemuda baik dan dilanjutkan dengan jatuh cinta (Ceritanya semakin ngawur saja).

11. Penyakit yang sering adalah kanker otak, TBC (Biasanya kalau batuk-batuk terus di tissuenya ada darah). Dan penyakit paling baru dan yang lagi ngetrend di sinetron yaitu: Akibat jatuh atau dengar berita jadi kaget atau kecelakaan terus jadi STROKE + LUMPUH yang menyebabkan jalan cerita nggak jadi selesai (Kenyataannya, hal seperti itu sangat jarang terjadi. Paling-paling patah tulang).

12. Nggak ada yang menceritakan keluarga yang harmonis (Gara-gara kebanyakan nonton sinetron).

13. Bintangnya banyak menggunakan artis Indo (Maksudnya blasteran sama bule biar cakep padahal akting pas-pasan).

14. Yang lebih nggak masuk akal lagi pemeran yang berwajah Indo bisa menjadi tokoh gelandangan. (Emangnya pernah lihat anak Indo yang jadi gelandangan atau pengemis atau melarat? Nggak kreatif banget!!!!) Dengan alasan mau total dalam berakting (Dalam kenyataan pasti sudah diperkosa dan jadi bulan-bulanan ama preman jalanan).

15. Pemeran utama berwajah sangat cantik kadang jadi pembantu (Mending dijadikan istri boss).

16. Kalo berantem sesama laki-laki sampai luka-luka nggak ngerasa sakit. Tapi giliran dipegang sama pacarnya teriak-teriak kesakitan (Dunia emang aneh, tapi rata-rata film Indonesia dari jaman dulu banget sudah begitu).

17. Cerita anak orang kaya punya pacar orang miskin masih banyak. Dan biasanya ditentang oleh salah satu orangtuanya dan orang tua yang satu membela.

18. Kisah yang dimainkan jarang sesuai antara wajah pemain dan tokoh yang dimainkan.

19. Kostum tidak pernah diperhatikan. Biar gembel tetapi bajunya bersih dan masih nampak bekas setrikaannya. Atau seorang pendekar katanya baru datang dari perjalanan jauh dan melelahkan, tetapi bajunya nampak baru keluar dari laundry dan wajahnya fresh tidak berkeringat sama sekali. Memang sutradara kita goblok pooooll atau anggap penontonnya anak kecil.

20. Kalau kelahi cuma satu gebrak dua gebrak yang tidak menarik tetapi tahu-tahu semua melayang diudara atau terlempar keras dan berdarah. Hemat tenaga kah???

21. Kalau acaranya laku, dibuat sekuelnya sampe entah ke berapa.. misalnya sinetron TERSANJUNG.. bisa sampai TERSANJUNG 7.. 
**


credit


datang daripada seorang indonesian.

so, seriously, untuk Astro, TV3, TV9, RTM semua. saya tak tahu lah rating sinetron di malaysia ni setinggi mana sampai kita nak terus membiarkan penonton kita membodohkan diri mereka sendiri. sinetron have viewers, certainly. sinetron ada rating mereka sendiri. kalau tak, mereka tak akan survive di tanah tumpah darah mereka sendiri. yang penting, kalau orang mereka sendiri sedang berjuang untuk get rid of those stupid shows from their tv, could you ever justify why on earth should we bring them to our home, instead. 

kalau kita punya drama tempatan buruk, busuk, teruk dan disiarkan. tak marah sangat. sebab di negara inilah lah tempat mereka berkarya. buruk ke busuk ke cerita kedua. tapi untuk kita import negara lain punya, wajarlah bawa masuk yang betul-betul qualified. 

dan. bila baca review mereka.

saya cuba dan belajar, untuk kata bukan semua sinetron adalah sampah. sebab saya mungkin salah, ada sahaja yang bagus, dan penonton mungkin terlepas pandang. kita pun sekali.

tapi, 

seriously, please get the sinetrons on our t.v. at this moment, out of list. sebab apa yang kamu semua duk pertontonkan sekarang, certainly are stupid sinetrons. asal rating bagus di indonesia, bawak masuk sini. untuk  ungu, wali band, sheila on 7. they deserve what they are having in Malaysia. sebab diaorang memang bagus. dan, saya. unfortunately, tak boleh cakap benda sama pada sinetron cinta dan anugerah TV9. 

9 Dec 2010

examination.

I was actually intended to talk about the result.  sebab dah view blog course-mates. dan beberapa status di facebook. biasa lah, the debaran jantung, resah gelisah and stuffs. semua ada dan tersedia di statuses anda semua. ini semacam tepuk air ke dulang, terpercik ke muka sendiri. atau kata dulang paku serpih, sebab saya juga merasakan exactly the same as theirs. how do i get through a failing paper? oh jangan tanya lah apa pendapat saya tentang probability itu. bawak ke tidur, dan bilik air rasa gabranya. i'm in a trial phase in getting myself stronger so i'm going to say this, what is the point of getting so down with your life experiences? you only make things worse. satu kertas yang gagal akan mencacatkan, tapi yang kena buang study sebab pointer tak cukup makan, atau, untuk lebih extreme, dibuang fakulti sebab ditangkap basah, situasinya apa. ada sahaja ujiannya lebih berat daripada kita. dan Allah tahu mereka lebih kuat, sebab ujian tak sampai pada sebarangan orang. 

yakinlah. cakap memang lebih mudah daripada buat. dan actions do speak louder than words. dan satu-satunya lawan adalah diri. you yourself. titik akhir kita hanya mati. bukan fail paper exam.

hah. saya dah check pun. perkara yang saya tulis di atas adalah apa yang saya rasa malam tadi. debar tu dah hilang. and yes, saya masih rasa yang sama. sebab my result tak gempak.

debaran tunggu result kali ni, lain. sebab dua tiga hari lepas, atau satu dua minggu yang lepas, i've been thinking about deaths. pernah rasa : hey what happen kalau malam ni izrail datang. atau sedang kita facebook-ing. atau, dalam bilik air. anywhere. deaths are real. unlike results. yang bukan lah penentu segalanya. sebab tahu tak employer lebih mencari kemahiran komunikasi daripada result gempak?  the worst thing that could happen to someone's life is to die in regrets. yeah, itu yang paling teruk boleh berlaku. you can't change anything, tak ada peluang ketiga, let alone kedua. so yeah, your result is a pit-stop, only. heck, layak ke nak panggil pit-stop. just, keep moving, on. that's the least thing you can do, or that is the only thing you can do.


nilai sebuah movie, filem, bagi saya, adalah apabila ia berjaya memindahkan kita daripada alam nyata ke alam layar cerita. subjek movie boleh jadi apa sahaja. bicaralah isu sesensitif agama, asal tidak membodohkan manusia. ya, macam ni, jangan paksa untuk ketawa, menangis. dengan sound effect yang terlebih-lebih, ekspresi wajah yang dibuat-dibuat, gambar-gambar yang tidak kena. saya akan hargai cerita yang menghormati penontonnya. dan ya, filem perlulah, in the first place, ikhlas. bukan " inilah yang penonton mahukan, jadi kami buat filem ini untuk penonton" thingy. memenuhi prinsip asas ekonomi iaitu pengeluaran berdasarkan permintaan, semata. ya, itu semata-mata. dua tiga tahun lagi, orang hanya akan ingat mereka semua sebagai peniaga, bukan pembuat filem.

percayalah, david teo. anda tidak akan ada legasi filem. ingat yusof haslam, the six million dollar man? yang orang malaysia tak tahu nak bawak ke mana box-office hits keluaran malaysia. sembilu 1 dan 2, cuma jaguh kampung yang terus gagal bila kita hendak membicarakan nilai filemnya.

"kau pandai sangat kau buat lah filem sendiri" sebab tak pandailah, saya tak buat filem.

better stop here. sebab dah nak melalut ke movies dah fikirannya.

maaf, emosi bila teman najwa tengok cinta dan anugerah TV9. rasa nak lempar je something kat t.v untuk buat watak-watak tu berhenti bercakap. siapa yang putih-putih berlakon tu, kalau nak menangis, jangan dengan bunyi menyakitkan telinga boleh tak. I tak rasa langsung you tengah sedih, tau tak. nasib baik terfikir macam mana nanti nak tengok kepok dan nisan TV3 malam ahad kalau TV dah rosak.

p/s - orang cakap filem ngangkung boleh ubah persepsi yang david teo ambik filem yang boleh bawak untung sahaja. saya masih tidak tergugat. saya masih percaya, david teo ni peniaga, sahaja. mungkin ngangkung ni boleh tahan, storyline yang hampir sempurna untuk sebuah filem malaysia! dan pendekatan berbeza pada watak-wataknya. wow. melangit pujian tu, eh. dan kalau betul, baguslah, david teo. tengok lah skrip jugak. rasanya david teo dah nampak muka lain selain abang idham dia untuk buat box office. hai abang ismail hashim @ bob! mintak-mintaklah david teo recruit pengarah baik-baik sahaja selepas ini. amin. amin. saya tak tengok lagi ngangkung. terkilan. kan terengganu tak ada cinema. dan, kan saya ni buta it untuk pergi download secara online ke apa. tapi, bila tengok despicable me yang atiq download hari tu, dengan ada bayang orang tengah jalan, dengan skrin separuh ( tak nampak bahagian bawah ), tak pe lah, tunggu la keluar dvd. tunggu raya lambat sangat.

p/s/s - and when I tell you i will stop, don't trust me.

updated : I've watched Ngankung. It is not stupid. itu sahaja, dan saya faham kenapa saya dan kawan-kawan tergila-gila (ke?) pada shaheizy sam. tolonglah sape-sape yang dekat dengan dia, cakap kat dia, kekalkan momentum yang dah ada. bintang paling popular 2010? getting there. 

7 Dec 2010

new year.

welcome, 1432 Hijrah. 

achievement untuk tahun 1431 Hijrah? shamelessly nothing.

well, seingat saya, lah. 

move on, move on. go for resolution, again. jangan give up hanya sebab tahun lepas punya tak menjadi. jangan negative sangatt. negative, huh? saya tak rasa o.k dua tiga hari, atau satu dua minggu lepas. Kita boleh mati bila-bila, kan. ia agak mengganggu saya, sebab saya memang tak bersedia. baca berita accident on daily newspapers,metro terutama! kisah mati accident tiba-tiba, dengan isi berita apa perangai pelik mangsa sebelum meninggal atau ada tak perubahan pada mangsa sebelum kemalangan dan sebagainya. you knoww .. tapi, ketepikan itu semua, mati boleh mengejut, tiba-tiba, tau. itu point yang wajar.

tapi saya juga percaya kita hanya boleh ubah masa depan, dengan memanfaatkan masa sekarang, itu sahaja. you cannot change your past, ah jangan percaya pintu ajaib doraemon atau mesin masa jimmy neutron.

dosa semalam, tinggalkan. move on. 

ini malam 1 Muharram, dan masih di sini. membaca dan dibaca. awak lebih bertuah daripada sesetengah yang Tuhan ambil nyawanya semalam. atau tadi. pintu taubat itu terbuka, masih. pergilah. 

yang rasa bosan tak tahu nak buat apa (rujuk : saya), you're hopeless. as a matter of fact, yes, you are. bitter, and, true. this one, is changeable. positive. 

dan sebenarnya saya perlu bangun awal esok untuk daftar najwa di Perpustakaan Negeri Terengganu. hmm. 

saya suka privacy untuk masa bersama laptop. jadi, saya minta maaf pada nana, dan atiq terutama, sebab selalu ganggu privacy itu. saya cuma .. entahlah, buang tebiat kot masa tu. haha. 

new year gives you a motivation to change, to a better one. cliche ... tapi saya pun rasa motivation itu, rasa individu. kalau rasa, rasalah. kalau tak, taklah.

happy changing, hazirah. 

4 Dec 2010

ini hidup dan mati.

mati, atau untuk bahasa yang lebih baik, meninggal dunia, itu adalah janji kita pada Tuhan. topik ni,  joykiller la. ye, memang betul pun. tapi saya lebih rela berbicara daripada mati tiba-tiba dan tidak sempat pun untuk mengakhiri segalanya dengan  pengakhiran yang baik. husnul khatimah, kata buku agama dan ustaz. ini lebih kepada bahasa hati. saya yakin iman seseorang, penilainya Tuhan, bukan tepuk, sanjung dan standing ovation manusia. marilah berbicara secara individu, tanpa orang lain untuk kita banding tara kan. 

titik akhir sebuah kehidupan adalah mati. ini pasti. bukan retorik, pasti terjadi. saya mungkin mati bila-bila masa. dalam tidur, accident kereta, sesak nafas tiba-tiba, atau apa sahaja yang menjadi sebab, tidak sesaat cepat, tidak seminit lewat. nak cakap apa lagi bila tiba saatnya.  kau nak cakap apa lagi? tu pun kalau boleh bercakap. 

saya sebenarnya perlu, sangat perlu, untuk bercakap serupa bikin. ha. 

saya rasa sangat teruk bila bangun lewat yang sangat lewat pagi tadi, dan bila saya ungkit kelemahan diri, ye, bila kita ungkit satu persatu, rasanya sangat .. teruk, jelek dan down.

damn! nampak lebih baik daripada fuck! kan. tapi hakikatnya, dua-dua bawak makna sama. ekspresi perasaan bila gigil seluruh badan sebab geram atau marah. "fuck" bukan lagi membawa makna yang sensual di sini, selain hanya satu kata penguat untuk perasaan marah. sama seperti "damn". kalau pun ia bukan preference word kita, saya minta supaya faham bila orang lain sedang guna perkataan fuck. jangan main sembur sahaja. saya cuma baru-baru ini, sedar.
-sekadar iklan-

kalau kita nak husnul khatimah, kita perlu mula sekarang. ye, sekarang.